Kerjaya Nor Zamani Abdol Hamid

Nor Zamani memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sejak tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Timbalan Ketu Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.